Dr Stephen Carr Leon menulis dari pengamatan langsung. Dirinya melihat ada beberapa perkara yang menarik yang dapat ditarik sebagai bahan untuk tesis Phd-nya, iaitu, "Mengapa Yahudi Pintar?" Sekadar anda ketahui, untuk mengumpul data-data seakurat mungkin tesis ini memakan masa hampir 8 tahun. Marilah kita mulai:
1. Persiapan awal melahirkan
Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering:
* Menyanyi
* Bermain piano
* Membeli buku matematik dan menyelesaikan soal bersama suami
Stephen sungguh heran karena temannya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat diselesaikan. Kebetulan Stephen suka matematika. Saya bertanya, "Apakah ini untuk anak kamu?" Dia menjawab, "Iya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi jenius." Hal ini membuat saya tertarik untuk mengikut terus perkembangannya. Tanpa merasa jenuh si calon ibu mengerjakan latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.
2. Pola Makan
Hal lain yang Stephen perhatikan adalah cara makan. Sejak awal mengandung dia suka sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu. Tengah hari makanan utamanya roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang dicampur dengan badam dan berbagai jenis kacang-kacangan. Menurut wanita Yahudi itu, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung. menjadi semacam kewajipan untuk ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi. Begitu Stephen menceritakan, "Perhatian utama saya adalah menu mereka. Pada setiap undangan yang sama saya perhatikan, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet), "ungkapnya.Biasanya kalau sudah ada ikan, tidak ada daging. Ikan dan daging tidak ada bersama di satu meja. Menurut keluarga Yahudi, campuran daging dan ikan tak bagus dimakan bersama. Salad dan kacang, harus, terutama kacang badam.Uniknya, mereka akan makan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.
Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk. Akibatnya lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Perhatian Stephen selanjutnya adalah mengunjungi anak-anak Yahudi. Mereka sangat memperhatikan makanan, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Dalam pengamatan Stephen, anak-anak Yahudi sungguh cerdas. Rata rata mereka memahami tiga bahasa, Hebrew, Arab dan Inggeris
3. Merokok adalah Tabu
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok. Tanpa sungkan mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka. Menyuruh anda merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen. Ertinya, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh). Suatu penemuan yang dari saintis gen dan DNA Israel.
4. Pendidikan
Muzik
Sejak kecil mereka telah dilatih bermain piano dan violin. Ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami not dapat meningkatkan IQ. Sudah tentu bakal menjadikan anak pintar. Ini menurut saintis Yahudi, hentakan musik dapat merangsang otak. Tak heran banyak pakar musik dari kaum Yahudi.
Matematik
Di kelas 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan. Pelajaran sains sangat diutamakan. Di dalam pengamatan Stephen, "Perbandingan dengan anak anak di California, dalam tingkat IQ-nya bisa saya katakan 6 tahun kebelakang!!!" Katanya. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi.
Sukan
Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka. Sukan yang diutamakan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman Yahudi-nya Stephen, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus. Disamping itu menembak bagian dari persiapan untuk membela negara.
Sains
Selanjutnya perhatian Stephen ke sekolah tinggi (menengah). Di sini murid-murid digojlok dengan pelajaran sains. Mereka digalakkan untuk mencipta produk. Meski projek mereka kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius. Apa lagi kalau yang diteliti itu berupa senjata, perubatan dan teknik. Idea itu akan dibawa ke jenjang lebih tinggi.
Ekonomi
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti ekonomi. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka belajar ekonomi. Di akhir tahun diuniversitas, mahasiswa diharuskan mengerjakan projek. Mereka harus memperaktik. Anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $ US 1 juta!
Anda terperanjat?
Itulah kenyataannya.
Kesimpulan, pada teori Stephen adalah, melahirkan anak dan keturunan yang cerdas adalah keharusan. Tentunya bukan perkara yang boleh diselesaikan semalaman. Perlu proses, melewati beberapa generasi mungkin?
Adaptasi dari: http://main.man3malang.com/index.php?name=News&file=article&sid=1818 http://sabili.co.id/
No comments:
Post a Comment