Hampir semua makhluk hidup dapat dipengaruhi oleh hipnosis, bukan manusia saja. Namun, anda tidak boleh berharap dapat menukar seekor kucing menjadi anjing atau sebaliknya; hal tersebut hanya boleh berlaku dalam filem kartun. Hipnotisme pada binatang merupakan sesuatu yang kurang dipelajari secara menyeluruh kerana ada banyak faktor yang tidak boleh dikawal. Yang paling utama adalah binatang tidak boleh bercakap dan menyatakan secara verbal tahap hipnotis yang mereka alami. Namun ada sejumlah kajian bahawa binatang yang hidup di alam liar lebih mudah disugesti daripada binatang yang hidup bersama-sama dengan manusia. Para ahli menduga hal tersebut disebabkan binatang yang dibesarkan bersama-sama dengan manusia tidak mengembangkan banyak ciri-ciri perilaku semulajadi yang binatang itu biasanya miliki: misalnya, mereka tidak belajar bagaimana cara mencari makanan, mengelakkan pemangsa, ataupun berinteraksi dengan binatang yang lain.
1. Menghipnotis Ayam dan Burung
* Anda harus menangkap ayam tersebut. Perhatikan bahawa mereka akan berusaha memberontak dan defensif.
* Tekan kepala ayam hingga hampir menyentuh tanah, dengan pandangan matanya horizontal lurus ke arah depan.
* Dengan jari anda atau sebuah tongkat, gambarkan sebuah garis panjang dari hujung paruh ayam lurus horizontal ke arah depan, menjauhi kepalanya, kira-kira sepanjang 12 - 18 inchi. Semakin lurus garis tersebut, semakin bagus kesannya. Ulangi menggambar garis tersebut sebanyak 20 - 30 kali sehingga anda merasakan tubuh ayam itu melemas.
* Sang ayam akan terus berada dalam kedudukan seperti itu, tanpa perlu anda pegangi lagi, sepanjang 10 - 15 minit.
2. Menghipnotis Arnab dan Marmut
* Baringkan arnab di belakangnya (menghadap ketas).
* Tekan dengan lembut telinganya secara lurus di lantai / meja.
* Kemudian dengan tangan satunya anda tarik kaki belakangnya selama beberapa minit.
* Pertahankan selama 1 minit, maka ia akan terhipnotis. Untuk membangunkan tiup hidungnya dan gulingkan tubuhnya ke samping.
3. Menghipnotis Kadal, Bunglon, dan Katak
* Pegang seekor cicak, bunglon dan kodok hingga ekornya berhenti bergerak liar.
* Pusingkan badan binatang tersebut hingga ia berbaring pada punggungnya.
* Raba perutnya dengan perlahan, dan lakukan hingga ia menjadi lemas, rileks, dan terhipnotis tidak bergerak sama sekali.
4. Menghipnotis Ketam
* Posisikan kedua-dua jari telunjuk dan tengah anda ke bentuk huruf V.
* Dekati ketam dari arah belakang, lalu secara perlahan (tanpa mengejutkan) raba matanya dengan jari anda.
* Ketam akan berhenti terdiam dalam keadaan hipnosis.
5. Menghipnotis Lobster dan Ketam
* Pegang lobster dan ketam dengan terbalik, kepala di bawah, dan letakkan capit mereka melekat pada meja.
* Tekan dan raba punggung mereka beberapa kali sehingga akhirnya mereka berhenti meronta dan diam terhipnotis.
6. Menghipnotis Babi
* Pegang kepala babi agar dia tidak melarikan diri.
* Gunakan hujung-hujung jari anda untuk menggelitik perut babi, dan ia akan berguling ke samping dengan rileks dan terhipnotis.
Selamat bereksperimen dan belajar tentang hipnotisme.
Sumber: http://lintasdunia.wordpress.com/2009/08/11/tehnik-rahasia-menghipnotis-binatang-harus-coba/
No comments:
Post a Comment