American Journal of Kidney Diseases dan Duke University Medical Center, dalam kajian terbarunya, menyatakan bahawa jalan kaki 30 minit sehari boleh mencegah metabolik sindrom (sekumpulan faktor risiko terhadap penyakit jantung, diabetes, dan stroke termasuk obesiti di bahagian perut, tekanan darah tinggi, kolesterol juga kadar gula darah yang meningkat).Keputusan kajian lain diterbitkan oleh American Medical Association, National Sleep Foundation, Universiti Texas, Universiti Brown, dan Universiti Pittsburgh.
Secara ringkas, mereka menyatakan bahawa berjalan kaki selama 30 minit dalam sehari, yang dilakukan secara teratur setiap hari bisa:-Mengurangkan bahaya risiko terkena kanser payudara sebanyak 10-30 peratus,
-Membuat tidur lebih lena kerana tubuh akan terasa nyaman setelah digerakkan (namun jangan dilakukan 2 jam menjelang tidur),
-Membuat kita merasa lebih bahagia (kerana tubuh kita lebih banyak menghasilkan endorphin, yaitu semacam hormon yang membuat orang menjadi bahagia),
-Mengurangkan berat badan sebanyak kurang lebih 11,3 kilogram dalam setahun,
-Membuat otak menjadi tetap aktif dan mengurangkan risiko terkena penyakitalzheimer, serta
-Mengurangkan keropos tulang (kerana berjalan kaki menggunakan 95 peratus otot tubuh, dan hal ini akan membuat tulang kita lebih kuat dalam menahan beban tubuh).
Ini adalah berbagai cara agar anda boleh melakukan aktiviti berjalan kaki di sela-sela kesibukan atau rutin harian:
![]() |
| pedometer |
Jalan memutar akan memaksa anda untuk berjalan kaki. Usahakan setiap hari berjalan kaki selama 20-30 minit atau sekitar 3.000 - 5.000 langkah.
- Jika mungkin, kenakan kasut khusus untuk sukan.
Percaya lah, dengan alas kaki yang tepat, aktiviti berjalan kaki akan terasa lebih nyaman dan menyenangkan.
- Berjalanlah saat berbicara memakai telefon.
Jangan hanya duduk ketika anda menelefon pelanggan, rakan, atau teman. Lakukan sambil berjalan atau memutari bilik beberapa ketika. Gunakan bluetooth earphone, jika anda merasa tidak selesa menampal telefon terlalu lama di telinga.
- Lakukan aktiviti jalan kaki bersama haiwan kesayangan.
Menurut kajian di Kanada, seseorang yang memelihara anjing berjalan rata-rata 300 minit pada minggu. Sedangkan yang tidak memiliki anjing hanya berjalan 168 minit pada minggu. Dengan bermain bersama haiwan kesayangan boleh membuat anda bersenam tanpa disedari.
- Cuba melakukan "belanja mingguan
Jika biasanya anda "belanja bulanan", kali ini lakukan "belanja mingguan". Berjalan menyusuri lorong-lorong di pasar raya atau kedai serba ada, misalnya, boleh menjadi aktiviti jalan kaki menyenangkan.
- Hitung langkah anda!
Gunakan alat penghitung langkah (pedometer) untuk melakukan aktiviti ini. Dengan mengetahui jumlah langkah, seseorang akan lebih termotivasi berjalan kaki. Apalagi, jika ia memiliki target-target tertentu untuk semua / dipecahkan!
source:http://www.kaskus.us/showthread.php?t=7971974


No comments:
Post a Comment